Inilah rupa reka bentuk kereta Proton Perdana yang telah menerima sentuhan baharu, menjadi kenderaan rasmi kerajaan dan ia telah dilancarkan dan diperkenalkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Proton Perdana baru ini juga menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L di samping mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.Proton Perdana baru ini adalah sebahagian daripada program pembangunan yang dilaksanakan oleh Proton di bawah inisiatif platform perkongsian bersama Honda, dengan reka bentuk dalaman yang baru dan perubahan luaran.