Dalam cinemagraph animasi GIF yang dibuat sedikit berbeza dengan animasi pada umumnya. Hanya bahagian tertentu dalam gambar yang bergerak sedangkan objek lain tidak bergerak. Cinemagraph boleh dikatakan sedikit diatas foto dan sedikit dibawah video.
Menghasilkan Cinemagraph:
Pada masa kini untuk menghasilkan cinemagraph yang ringkas boleh dilakukan dengan cara yang cukup mudah. Aplikasi yang menyokong pun banyak tersedia, baik untuk PC atau peranti mudah alih. Untuk PC biasanya cinemagraph boleh dihasilkan dengan Photoshop.Pada peranti iOS pula terdapat beberapa aplikasi seperti Cinemagr.Am, flixel, Echograph, Kinotopic, iCinegraph. Untuk peranti Android juga boleh menggunakan aplikasi Fotodanz atau Pictoreo. Manakala bagi pengguna Nokia Windows Phone boleh menggunakan Nokia Cinemagraph.
Video Tutorial Menghasilkan Cinemagraph Menggunakan Photoshop:
Cinemagraph boleh dikatakan sebuah perkara yang baru, menggabungkan unsur fotografi (visual) dan video (gerak) yang memberikan anda ruang kreatif yang lebih luas. Walaupun masih baru, namun cinemagraph telah banyak menarik perhatian terutama kepada kalangan fotografi.