Menara David adalah sebuah pencakar langit yang belum siap di tengah-tengah Caracas, ibu kota Venezuela, yang kini rumah kepada lebih daripada 3,000 setinggan yang telah bertukar menjadi bangunan pencakar langit setinggan tertinggi di dunia.
Pembinaan bangunan ini, asalnya dipanggil "Centro Financiero Confinanzas" dan digelar "Tower of David", mula dibina oleh pemaju iaitu David Brillembourg pada tahun 1990 bertujuan untuk menjadi simbol masa depan kewangan yang cerah bagi Caracas. Ia adalah bangunan pencakar langit ketiga tertinggi di negara ini. Tetapi krisis perbankan menyebabkan pembinaan terhenti pada tahun 1994. Kerajaan telah mengambil kawalan ke atas bangunan dan pembinaan tidak pernah selesai sampai sekarang. Bangunan ini mempunyai lif, elektrik,air, tiada pagar balkoni, tingkap dan juga dinding di banyak tempat.