Pusat membeli belah terbiar menjadi kolam ikan

Pusat membeli-belah New World ini asalnya dibina sebagai bangunan sebelas tingkat. Ia didapati melanggar had bandar Bangkok lama iaitu tidak boleh melebihi empat tingkat. Tujuh tingkat atas telah dirobohkan pada tahun 1997 untuk mematuhi kod bangunan. Pada tahun 1999 ianya terbakar disyaki dilakukan oleh pesaing di kawasan itu. Bencana tersebut mengakibatkan kematian beberapa mangsa, dan bangunan itu telah kekal ditinggalkan sejak itu. Ia tidak mempunyai bumbung dan tingkat bawah tanah telah ditenggelami air. Pada satu ketika pada awal tahun 2000 seorang yang tidak dikenali mula memperkenalkan melepaskan beberapa ekor ikan Koi dan Ikan Keli  ke dalam takungan air ini. Lama kelamaan ikan-ikan mula membiak dan hasilnya kini menjadi kolam ikan yang besar.