Pusat membeli belah terbiar menjadi kolam ikan
Pusat membeli-belah New World ini asalnya dibina sebagai bangunan sebelas tingkat. Ia didapati melanggar had bandar Bangkok lama iaitu tidak boleh melebihi empat tingkat. Tujuh tingkat atas telah dirobohkan pada tahun 1997 untuk mematuhi kod bangunan. Pada tahun 1999 ianya terbakar disyaki dilakukan oleh pesaing di kawasan itu. Bencana tersebut mengakibatkan kematian beberapa mangsa, dan bangunan itu telah kekal ditinggalkan sejak itu. Ia tidak mempunyai bumbung dan tingkat bawah tanah telah ditenggelami air. Pada satu ketika pada awal tahun 2000 seorang yang tidak dikenali mula memperkenalkan melepaskan beberapa ekor ikan Koi dan Ikan Keli ke dalam takungan air ini. Lama kelamaan ikan-ikan mula membiak dan hasilnya kini menjadi kolam ikan yang besar.
Sebelum dan Selepas Pengambaran Filem
Bangunan Setinggan tertinggi di dunia
Menara David adalah sebuah pencakar langit yang belum siap di tengah-tengah Caracas, ibu kota Venezuela, yang kini rumah kepada lebih daripada 3,000 setinggan yang telah bertukar menjadi bangunan pencakar langit setinggan tertinggi di dunia.
Pembinaan bangunan ini, asalnya dipanggil "Centro Financiero Confinanzas" dan digelar "Tower of David", mula dibina oleh pemaju iaitu David Brillembourg pada tahun 1990 bertujuan untuk menjadi simbol masa depan kewangan yang cerah bagi Caracas. Ia adalah bangunan pencakar langit ketiga tertinggi di negara ini. Tetapi krisis perbankan menyebabkan pembinaan terhenti pada tahun 1994. Kerajaan telah mengambil kawalan ke atas bangunan dan pembinaan tidak pernah selesai sampai sekarang. Bangunan ini mempunyai lif, elektrik,air, tiada pagar balkoni, tingkap dan juga dinding di banyak tempat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments: