Menjelajah Gua Terbesar di Dunia, Gua Son Doong

Terletak di wilayah Quang Binh , Vietnam , Gua Son Doong adalah gua terbesar di dunia . Ditemui pertama kali oleh para peneroka dari Inggeris pada tahun 2009 . Menurut maklumat dari laman web rasminya , Gua Son Doong mempunyai lebar lebih dari 200 meter , ketinggian 150 meter dengan panjang lebih dari 9 kilometer . Dengan ukuran ini , maka Gua Son Doong merupakan gua terbesar di dunia , mengalahkan Deer Cave di Malaysia yang sebelum ini memegang rekod gua terbesar di dunia . Deer Cave mempunyai lebar 90 meter , ketinggian 100 meter dengan panjang 2 kilometer .

Gua Son Doong berada di sempadan antara Vietnam dengan Laos . Untuk mencapai gua bukanlah perkara yang mudah , para peneroka perlu berjalan selama enam jam , melewati 8-10 kilometer kawasan hutan .

Son Doong bermakna Sungai Gunung , nama tersebut diambil dari asal - usul terciptanya Gua Son Doong . Formasi - formasi gua ini tercipta berjuta-juta tahun yang lalu ketika air sungai terhakis batu kapur di bawah gunung . Masih banyak bahagian dari gua yang belum terungkap dari pelbagai ekspedisi , namun sejauh ini para penyelidik telah berjaya menemui sungai di dalam gua yang mengalir dengan cepat , stalagmit raksasa berukuran lebih dari 230 meter , 150 rangkaian gua dan hutan kecil yang digelar " Taman Edam " .


Read More

Idea kreatif daripada Klip Kertas


























iklan komputer dulu-dulu


Read More

Foto Pra-Kahwin ala komik dari Hungary

Alexandra & Chris vs The Killer

Read More

Mengabdikan gambar lama secara unik











Seni Kreatif dari Jeans