Rusuhan di Little India Singapura

Tindakan ganas kira-kira 400 perusuh terdiri daripada warga asing dalam kejadian di kawasan Little India republik itu, pada malam Ahad telah menyebabkan 10 anggota polis dan penjawat awam cedera selepas lima kenderaan pasukan itu dan sebuah ambulans dibakar.

Punca rusuhan yang berlaku kira jam 9.30 malam itu, dipercayai bermula selepas kemalangan jalan raya, apabila salah seorang daripada pekerja warga asing itu dilanggar oleh sebuah bas
Ekoran daripada kejadian itu, sekumpulan pekerja asing berkenaan “berang” dan bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi